Thursday, November 18, 2010

PENGAJARAN SEM 11 SESSI 2010/2011

Pada semester hadapan ie sem 2 sessi 2010/2011, saya ditugaskan mengajar 2 subjek peringkat sarjana pendidikan matematik :

1. PPS2883 - Design and implementation of mathematics curriculum
2. MPS 1163 - Epistemological, social and ethical issues in science and technology

Pelajar pelajar yg mengambil mana mana subjek ini diharap dapat membuat rujukan terkini dalam jurnal jurnal kebangsaan dan lebih lebih lagi dalam jurnal peringkat antarabangsa yang berkaitan dengan kedua kedua tajuk tersebut. Ini amat penting untuk memperkayakan perspektif pelajar dalam setiap tajuk yang dibincangkan dalam kuliah.


Thursday, September 30, 2010

Ringkasan kuliah sesi 4

1. Perbincangan mengenai perubahan pentaksiran berasaskan norma (NRT) kpd pentaksiran berasaskan kriteria (CRT) dan implikasinya terhadap pendidikan matematik.
NRT- bertujuan membandingkan pencapaian atau keupayaan seorang pelajar dgn pelajar lain atau antara pelajar. Paling asas menggunakan peratus skor yg diperolehi seseorang pelajar dibandingkan skor skor min kelas berkenaan.

CRT- bertujuan membandingkan pencapaian seseorang pelajar dgn suatu kriteria yg telah ditetapkan semasa ujian itu dibina. Bincangkan dgn contoh ujian memandu.

2. Perbincangan mengenai kajian tindakan, konsep dan prosedurnya serta penggunaannya dlm pendidikan matematik.

Falsafah, konsep dan tujuan :

Menggunakan kajian empirikal berdasarkan fakta, data sebenar dan hujah saintifik untuk memahami sesuatu keadaan/fenomena dalam usaha menyelesaikan masalah atau mengatasi sesuatu kelemahan yg wujud.

Untuk meningkatkan mutu professionalisme guru khususnya dlm tugas utamanya ie aspek amalan P&P dibilik darjah (kaedah, BBM, aktiviti P&P dsb) dgn cara mengubahsuai amalan sedia ada atau mengubah kpd amalan baru.

Melibatkan skop yg kecil atau isu/masalah tertentu diperingkat bilik darjah atau sekolah, boleh dijalankan dgn mudah, cepat , tidak membebankan dan tidak melibatkan kos yg besar.

Mementingkan proses membuat refleksi dan penilaian kendiri untuk peningkatan professionalisme guru.

Prosedur :

1. Mengenalpasti tajuk kajian (eg mengkaji punca kelemahan pelajar tingkatan 1 dlm tajuk pecahan, mengkaji tahap kefahaman pelajar tingkatan 1 dlm tajuk pecahan, mengkaji keberkesanan BBM tertentu dlm P&P, mengkaji cara meningkatkan KBKK dlm P&P matematik) dsb.
2. Latarbelakang kajian,
3. Objektif kajian,
4. Metodologi kajian (kaedah mengutip data eg soal selidik, pemeriksaan kerja rumah, pemerhatian, temubual, sampel kajian dsb),
5. Analisis data,
6. Kesimpulan/dapatan kajian,
7. Cadangan tindakan susulan
8. Kajian lanjutan.

Pelajar dikehendaki membuat satu kajian tindakan dan membuat laporan (20%) serta membentangkannya dlm kelas (10%).









Saturday, September 11, 2010

Ringkasan kuliah sessi 3

Perbincangan mengenai beberapa fokus utama pendidikan matematik KBSM:

1. Konsep bersepadu (vs terpisah) dlm kurikulum khususnya mengenai organisasi isi kandungan (ie nombor, bentuk dan perkaitan) dan implikasinya terhadap amalan P&P.

2. Penerapan nilai nilai murni dlm pendidikan matematik : ie dlm ilmu matematik (spr ketepatan, rasional, sistematik, berstruktur dll) dan nilai dlm P&P ( spr teamwork/kooperatif, amanah, sabar, tidak putus asa, berdikari,berani mencuba, kepekaan dan rasa ingin tahu yg tinggi dll)

3. penekanan kpd kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dlm pendidikan matematik.
Pemikiran kritis bermaksud kebolehan menilai ketepatan sesuatu idea/konsep/definisi dan menilai kebaikan /kelemahan sesuatu kaedah penyelesaian masalah.

Pemikiran kreatif ialah kebolehan menjana/mengemukan/membina /membentuk/mengutarakan(posing) sesuatu idea /masalah/kaedah baru yg asli dan pelbagai.

Penggunaan ICT (internet dan pelbagai perisian), dlm pendidikan matematik.

Sunday, August 22, 2010

IMPLIKASI TEORI TEORI PSIKOLOGI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK


Terdapat tiga kelompok teori pembelajaran yang banyak mempengaruhi amalan pengajaran dan pembelajaran matematik. Setiap kelompok teori akan menerbitkan model ( strategi, pendekatan, kaedah dan teknik) pengajaran dan pembelajaran yang berbeza.

Teori behavioris: (pelopor utama - Skinner, Pavlov, Thorndike, Watson dll )

 3 prinsip asas teori ini ie rangsangan (stimulus)-gerak balas (responses)- peneguhan (reinforcement)

Implikasi utama:

1. pembelajaran sbg perubahan tingkahlaku yg kekal yg boleh diperhati, diukur, dikawal dan diramal - menjadikan bidang psikologi sbg satu kajian saintifik.

2. fokus kpd pembinaan kemahiran matematik eg melakar graf, menyelesai persamaan
kuadratik dsb - mastery learning dan algoritma (prosedur pengiraan) ie proses penguasaan kemahiran memerlukan suatu mekanisme yg bersistem.

3. menekankan kekerapan latihan yg membentuk pelaziman secara latih tubi/ulangan intensif -practice makes perfect, rote learning/hafalan.

4. menganggap kesilapan/kesalahan matematik sbg suatu yg perlu dihapus/diminimumkan
-perspektif negatif thd kesilapan matematik.

5. mementingkan peranan persekitaran dan motivasi luaran (ekstrinsik - pujian dan dendaan) dalam membentuk atau mengubah/membetul tingkah laku (behaviour modification).



Teori kognitif (pelopor utama - Piaget, Bruner, Ausubel, dll)

Implikasi utama :

1. pembelajaran sbg perubahan struktur kognitif (perubahan minda)

2. fokus kpd pemahaman konsep matematik berbanding penguasaan kemahiran (concept vs skill)

3. menekankan kemahiran berfikir secara matematik (pemikiran matematik)dlm pendidikan matematik


4. menganggap kesilapan/kesalahan matematik sbg petanda kesukaran/miskonsepsi pelajar
- perspektif positif thd kesilapan dan miskonsepsi (petanda kesukaran belajar)

5. fokus kpd kemahiran penyelesaian masalah matematik - kemahiran heuristik (general guidelines eg heuristik Polya)


6. menekankan kemahiran reflektif dan metakognitif (berfikir tentang pemikiran) spr merancang, melaksana, memantau dan menilai sendiri proses penyelesaian masalah matematik.


7. menekankan pendekatan konstruktivis dlm pendidikan matematik (pembelajaran sbg proses berfikir untuk membina makna sesuatu konsep/constructing or searching for meaning of the concept)

8. menekankan kpd konsep spr kepekaan nombor dan kepekaan fungsi ( number sense and function sense dsb) - intellectual/mathematical intuition


Teori Humanistik (pelopor utama- Abraham Maslow, Carl Rogers dll)

Implikasi utama :

1. Mementingkan aspek kemanusiaan - spr perkembangan diri (self development/growth),
potensi diri (human potentials- every child is unique), mencungkil dan mengasah bakat, kebolehan, sikap, harga diri (self esteem), konsep kendiri (self concept-open minded, optimis dll), merangsang motivasi dalaman, memuaskan rasa ingin tahu (curiousity), keyakinan diri, kesempurnaan diri/self actualization dsb. (eg polisi NCLB, Every Child Matters dsb) - perkasakan pendidikan khas (atasi pelbagai jenis masalah pembelajaran)

2. Pendidikan yg berfokus kpd pembentukan "all - rounded/holistic person" spr daya kepimpinan, kemahiran komunikasi, kemahiran belajar (learn how to learn), kemahiran berfikir, kemahiran insaniah/generik dsb.

3. Pendidikan berpusatkan murid- guru sbg fasilitator/pemudahcara/pembimbing pembelajaran menjadikan pelajar lebih "independent" (berdikari)/kurang bergantung kpd guru- independent learners/self-regulated, /self motivated, life long learning dsb - makin relevan dlm era ledakan maklumat dan ilmu di zaman ICT ini (eg Sekolah Bestari- konsep pembelajaran kendiri secara self- paced/kadar kendiri, self- directed/terarah kendiri an self- accessed/pencarian kendiri).


Berdasarkan contoh contoh yg sesuai (pilih tiga contoh bagi setiap teori), bincangkan bagaimana ketiga tiga teori berkenaan digunakan dalam konteks pendidikan matematik peringkat sekolah (rendah dan menengah) di Malaysia.

Tuesday, August 17, 2010

PERSPEKTIF MATEMATIK DAN KAITANNYA DGN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan sejarah, apabila ilmu matematik berkembang menjadi suatu bidang/body of knowledge maka matematik boleh ditanggap daripada  empat perspektif utama iaitu:

1. Matematik sebagai suatu bahasa - sbg "alat" berkomunikasi atau mewakilkan idea/konsep yg abstrak dgn  menggunakan istilah istilah dan simbol simbol tertentu yang khas/unik dan universal/sejagat
(diterima seluruh dunia).

2. Matematik sebagai suatu sains - satu kajian sistematik mengenai nombor (kuantiti), bentuk dan ruang dan perkaitan (perubahan), mencetuskan bidang atau konsep lain spr aritmetik, algebra, geometri, trigonometri, perkaitan, fungsi, kalkulus, vektor, statistik, kebarangkalian dsb

3. Matematik sebagai suatu cara berfikir - suatu cara penaakulan secara induktif (spesifik ke umum) dan deduktif (umum ke spesifik), pembentukan konsep dan makna, mempertajamkan fikiran, membentuk KBKK dsb

4. Matematik sebagai suatu "alat" penyelesaian masalah dlm kehidupan seharian dan konteks sebenar spr dlm bidang sains, kejuruteraan, teknologi, ekonomi dsb.

Berdasarkan contoh contoh yang sesuai buat satu analisis dan bincangkan bagaimana setiap perspektif matematik tsb telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik peringkat sekolah menengah ? - rujuk sebuah buku sekolah menengah (pilih salah satu buku teks matematik KBSM/KSSM tingkatan 1-5).


Friday, August 6, 2010

SINOPSIS PENDIDIKAN MATHS

Kursus ini terbahagi kpd dua bahagian:

Bahagian 1 membincangkan isu-isu semasa yg penting dan trend terkini dlm pendidikan matematik dalam negara dan luar negara khususnya dalam aspek kurikulum, P&P dan pentaksiran matematik menengah.

Bahagian 2 membincangkan aspek penyelidikan dalam pendidikan matematik.Pelajar dikehendaki melakukan kajian tindakan, menyediakan laporan dan membentangkan hasil kajian mengenai suatu isu tertentu dalam pendidikan matematik diperingkat sekolah menengah.

Penilaian :

1. Ujian 1 - 15%
2. Ulasan satu artikel jurnal antarabangsa - 15%
3. Laporan kajian dan pembentangan - 30%
4. Peperiksaan Akhir - 40%

Monday, June 28, 2010

Critical and creative thinking in mathematics

Mathematics is also called the science of reasoning. Reasoning in mathematics is of two main types i) inductive reasoning and ii) deductive reasoning.

Inductive reasoning is a kind of reasoning when statements containing mathematical truths that are based on observations and experiences where we argue that a particular property is true in a number of cases than it will be true in all other similar cases.

Whereas deductive reasoning is a type of reasoning that is based on certain postulates or axioms and we try to compare and contrast with various statements and then draw the conclusions from such a comparison.

Friday, June 11, 2010

PENGAJARAN SEM 1, SESI 2010/11

Pada sem 1,sesi 2010/11 bermula pada 12/7/10 saya akan mengendalikan dua subjek peringkat masters iaitu Model Pengajaran dan Pembelajaran Matematik (Models of teaching and Learning Mathematics) dan Penyelesaian Masalah dalam Pendidikan Matematik (Problem Solving in Mathematics Education) disamping berkongsi satu subjek lagi dgn Dr Fatin Alia Phang iaitu Penilaian dan Pengukuran dalam Pendidikan Sains dan Matematik (Measurement and Evaluation in Science and Mathematics Education).

Saya amat berharap semua pelajar yg mendaftar subjek subjek ini memberi fokus khas kpd perkembangan perkembangan baru/terkini berkaitan dgn isu isu,trend dan penyelidikan dalam ketiga tiga tajuk yg dibincangkan itu. Anda perlu membaca buku buku/artikel artikel terkini dalam jurnal yg boleh didapati dilibrary UTM atau bahan bahan internet yg berkaitan. Dari semasa ke semasa saya akan mengesyorkan bahan bahan bacaan utama yg perlu dibaca dan dikuasai oleh anda semua sbg persediaan kuliah mingguan dalam tajuk tajuk yg telah ditentukan.

Sekian,semoga anda semua terus maju jaya.

Wednesday, May 19, 2010

What is mathematical thinking?

The term mathematical thinking may be defined in a number of ways. However the most popular definition is the one given by Mason (1982) that is, mathematical thinking can be defined as a dynamic process which, by enabling us to increase the complexity of ideas we can handle and expands our understanding through certain processes such as specializing, generalizing, conjecturing and convincing.

Mathematical thinking can be improved by practice with reflection,provoked by contradiction,a challenge, a surprise, a gap in understanding and supported by an atmosphere of questioning, challenging and reflecting with an ample space and time.

Mathematical thinking may lead us to a deeper understanding of ourself and the world around us, provide a more coherent view of what we know, what we want to know and gives a critical assessment of what we hear and see.

Tuesday, May 11, 2010

Book Chapter- Mathematical Thinking and Its Applications in Secondary Schools Context

1. Introduction
2. What is mathematical thinking?
3. Critical and creative thinking in mathematics
4. Mathematical thinking in Malaysian secondary school curriculum
4. How to promote mathematical thinking in secondary schools mathematics?
5. New trends in mathematical thinking: problem posing beyond problem solving
6. Summary

Halatuju Kecermelangan pendidikan matematik di Malaysia

Pendidikan matematik di Malaysia perlu memperkasakan sekurang kurangnya dua aspek yang amat penting untuk menghadapi persaingan dalam dunia globalisasi yang sengit masa kini dan lebih lebih lagi dimasa depan;

1. membangunkan tenaga manusia yg menguasai pemikiran matematik yg cemerlang/develop powerful mathematical thinkers

2. melahirkan penyelesai masalah yg berkesan/produce effective problem solvers

Dengan demikian semua pihak yg berwajib (KPM,para guru matematik,pelajar, ibubapa dsb) perlulah mengembeling seluruh usaha dan tenaga kearah mencapai kedua dua hasrat diatas.

Harapan kpd pelajar

Dgn merujuk kpd blog ini saya berharap semua pelajar yg mendaftar kursus saya dapat membuat persediaan dan rujukan yg sepatutnya sebelum sesuatu kuliah dan juga menambah baik lagi nota masing masing selepas kuliah berkenaan.

Diharap bahan/ringkasan kuliah yg diberikan serta links yg berkaitan dapat membantu pelajar membuat tugasan yg dikehendaki dan juga berguna untuk persediaan bagi kuiz, ujian dan peperiksaan akhir nanti.

Selamat belajar dan maju jaya.

Sunday, May 9, 2010

Matematik dan kaitannya dgn kaedah pengajaran dan pembelajaran

Apa itu matematik?

Akar kata matematik itu berasal drp istilah Greek "matematikos" bererti "to learn about everything". Ini bererti kpd org Greek ketika itu matematik adalah pembelajaran mengenai semua perkara yg terdapat dipersekitaran mereka spr nombor, bentuk, ruang, hubungan,perkaitan dsb.

Makna itu masih relevan sehingga kini, malah matematik sekarang menjadi suatu badan/gabungan ilmu yg besar/body of knowledge yg luas.

Sekarang ilmu matematik boleh dipandang drp sekurang kurangnya 4 perspektif yg popular iaitu:

1. matematik sbg suatu bahasa - bahasa kpd sains;mengungkapkan fenomena sains/bahasa kpd sains
2. matematik sbg suatu cara berfikir- melibatkan pemikiran kritis dan kreatif
3. matematik sbg suatu sains - kajian sistematik mengenai nombor, bentuk dan perkaitan
4. matematik sbg suatu alat penyelesaian masalah dlm kehidupan seharian dlm pelbagai
bidang spr perniagaan, kejuruteraan dsb.

Ciri ciri utama ilmu matematik

1. satu ilmu yg abstrak - melibatkan pelbagai konsep yg perlu ditakrifkan
2. satu ilmu yg berhierarki/bertatatingkat- drp konsep yg mudah kpd sukar/kompleks

Bincangkan dgn contoh contoh yg sesuai bagaimana perspektif matematik dan ciri ciri utamanya itu mempengaruhi kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Memudahkan Pembelajaran

Beberapa cara diusahakan untuk memudahkan pembelajaran pelajar saya spr e- learning/moodle,facebook dan guna websites tertentu tetapi yg agak lebih berkesan adalah dgn menggunakan blog peribadi saya sendiri yg ada attachments dgn beberapa links yg popular diluar negara.

Oleh itu mulai sem 1 sessi 2010/2011 ini saya akan cuba memberikan ringkasan setiap kuliah saya melalui blog ini. InsyAllah.

Semoga dapat dimanfaatkan khususnya oleh semua pelajar saya dalam bidang pendidikan matematik dan seterusnya mereka akan dapat menabur bakti sbg guru/pendidik matematik matematik pelbagai peringkat diseluruh negara kelak.

Pengalaman Membentang Kertas Kerja Peringkat Antarabangsa

1991 : The Psychology of Mathematics Education Conference (PME), Asisi, Italy

1994 : Mathematics Education Conference, Helsinki, Finland

Pengalaman Bertugas

Guru matematik Sek Men Pulau Nyior, Jitra Kedah 1980
Penolong Pensyarah UTM 1982-83
Pensyarah 1984-1994
Prof Madya 1995- sehingga kini

Ketua Jabatan Pendidikan Sains dan Teknik, Fakulti Sains UTM 1996-1998

Timbalan Dekan Pembanguan/Pengajian Siswazah dan Penyelidikan
Fakulti Pendidikan 2002-2008 ( 3 penggal)

Pengalaman Mengajar

Subjek subjek yg pernah diajar (1981-2010)

Mekanik
Kalkulus
Kalkulus Lanjutan
Analisis Kompleks
Analisis Nyata
Sejarah dan Falsafah Matematik
Kurikulum Matematik
Pembelajaran Matematik
Pemikiran Matematik
Isu Semasa Pendidikan Matematik
Pendidikan Matematik

Thursday, February 4, 2010

Pengerusi JK Kualiti Fakulti Pendidikan

Mulai 1 Feb 2010 sehingga 31 Jan 2012 iaitu selama 2 thn saya telah diamanahkan sbg pengerusi JK Kualiti FP yg bertanggungjawab thd semua aspek dan aktiviti peningkatan kualiti akademik dan pengurusan fakulti. Tanggungjawab ini walaupun berat tetapi saya akan cuba laksanakannya sebaik mungkin InsyaAllah.