Friday, June 11, 2010

PENGAJARAN SEM 1, SESI 2010/11

Pada sem 1,sesi 2010/11 bermula pada 12/7/10 saya akan mengendalikan dua subjek peringkat masters iaitu Model Pengajaran dan Pembelajaran Matematik (Models of teaching and Learning Mathematics) dan Penyelesaian Masalah dalam Pendidikan Matematik (Problem Solving in Mathematics Education) disamping berkongsi satu subjek lagi dgn Dr Fatin Alia Phang iaitu Penilaian dan Pengukuran dalam Pendidikan Sains dan Matematik (Measurement and Evaluation in Science and Mathematics Education).

Saya amat berharap semua pelajar yg mendaftar subjek subjek ini memberi fokus khas kpd perkembangan perkembangan baru/terkini berkaitan dgn isu isu,trend dan penyelidikan dalam ketiga tiga tajuk yg dibincangkan itu. Anda perlu membaca buku buku/artikel artikel terkini dalam jurnal yg boleh didapati dilibrary UTM atau bahan bahan internet yg berkaitan. Dari semasa ke semasa saya akan mengesyorkan bahan bahan bacaan utama yg perlu dibaca dan dikuasai oleh anda semua sbg persediaan kuliah mingguan dalam tajuk tajuk yg telah ditentukan.

Sekian,semoga anda semua terus maju jaya.

No comments:

Post a Comment