Pemikiran kritis adalah kebolehan seseorang untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu hujah dgn mendalam, terperinci dan objektif. Antara contohnya spr mencirikan, membanding dan membeza, kebaikan dan keburukan (pros and cons), mengelas/mengkategori/ menyusun/mengumpul, menganalisis idea/konsep, menentukan hubungan antara bahagian - keseluruhan (parts - whole), menerangkan sebab dan musabab (cause and effect), meneliti/menyiasat andaian/premis, menilai ketepatan, keaslian, kejituan, kebenaran, kesahihan/kebolehpercayaan/kemunasabahan sumber/hujah/definisi/hukum/prinsip/teorem/kesimpulan
/generalisasi/inferens/jawapan dsb - beri contoh contoh dlm matematik.
Ciri paling utama pemikir kritis adalah reaktif ( falsafah - matematik sbg suatu penemuan - mathematics is discovered)
Pemikiran kreatif adalah kebolehan seseorang untuk menjana, membina atau mencipta idea baru/pelbagai/asli, mengembangkan, mensintesis/menggabung/mencantum/menginterasi idea idea sedia ada, menghubungkait/mencari perhubungan/perkaitan antara pembolehubah, membuat hipotesis/inferens/generalisasi, merekabentuk/mereka cipta, inovatif (adapt and modify), imaginatif, mencari kaedah alternatif dlm penyelesaian masalah dan memindahkan pengetahuan dan kemahiran dlm konteks baharu. - beri contoh contoh dlm matematik.
Ciri paling utama pemikir kreatif adalah proaktif (falsafah- matematik sbg sesuatu penciptaan- mathematics is created)
Kedua dua kemahiran kritis dan kreatif diperlukan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah - spr memilih kaedah penyelesaian masalah terbaik drp beberapa alternatif setelah menimbangkan/menilai/menganalisis dgn teliti sebelum membuat pilihan terbaik
kekuatan dan kelemahan sesuatu kaedah.
Bincangkan bagaimana anda dapat meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif ini dlm proses
pengajaran dan pembelajaran matematik di bilik darjah.
No comments:
Post a Comment