Apa itu matematik?
Akar kata matematik itu berasal drp istilah Greek "matematikos" bererti "to learn about everything". Ini bererti kpd org Greek ketika itu matematik adalah pembelajaran mengenai semua perkara yg terdapat dipersekitaran mereka spr nombor, bentuk, ruang, hubungan,perkaitan dsb.
Makna itu masih relevan sehingga kini, malah matematik sekarang menjadi suatu badan/gabungan ilmu yg besar/body of knowledge yg luas.
Sekarang ilmu matematik boleh dipandang drp sekurang kurangnya 4 perspektif yg popular iaitu:
1. matematik sbg suatu bahasa - bahasa kpd sains;mengungkapkan fenomena sains/bahasa kpd sains
2. matematik sbg suatu cara berfikir- melibatkan pemikiran kritis dan kreatif
3. matematik sbg suatu sains - kajian sistematik mengenai nombor, bentuk dan perkaitan
4. matematik sbg suatu alat penyelesaian masalah dlm kehidupan seharian dlm pelbagai
bidang spr perniagaan, kejuruteraan dsb.
Ciri ciri utama ilmu matematik
1. satu ilmu yg abstrak - melibatkan pelbagai konsep yg perlu ditakrifkan
2. satu ilmu yg berhierarki/bertatatingkat- drp konsep yg mudah kpd sukar/kompleks
Bincangkan dgn contoh contoh yg sesuai bagaimana perspektif matematik dan ciri ciri utamanya itu mempengaruhi kaedah pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment