Thursday, September 30, 2010

Ringkasan kuliah sesi 4

1. Perbincangan mengenai perubahan pentaksiran berasaskan norma (NRT) kpd pentaksiran berasaskan kriteria (CRT) dan implikasinya terhadap pendidikan matematik.
NRT- bertujuan membandingkan pencapaian atau keupayaan seorang pelajar dgn pelajar lain atau antara pelajar. Paling asas menggunakan peratus skor yg diperolehi seseorang pelajar dibandingkan skor skor min kelas berkenaan.

CRT- bertujuan membandingkan pencapaian seseorang pelajar dgn suatu kriteria yg telah ditetapkan semasa ujian itu dibina. Bincangkan dgn contoh ujian memandu.

2. Perbincangan mengenai kajian tindakan, konsep dan prosedurnya serta penggunaannya dlm pendidikan matematik.

Falsafah, konsep dan tujuan :

Menggunakan kajian empirikal berdasarkan fakta, data sebenar dan hujah saintifik untuk memahami sesuatu keadaan/fenomena dalam usaha menyelesaikan masalah atau mengatasi sesuatu kelemahan yg wujud.

Untuk meningkatkan mutu professionalisme guru khususnya dlm tugas utamanya ie aspek amalan P&P dibilik darjah (kaedah, BBM, aktiviti P&P dsb) dgn cara mengubahsuai amalan sedia ada atau mengubah kpd amalan baru.

Melibatkan skop yg kecil atau isu/masalah tertentu diperingkat bilik darjah atau sekolah, boleh dijalankan dgn mudah, cepat , tidak membebankan dan tidak melibatkan kos yg besar.

Mementingkan proses membuat refleksi dan penilaian kendiri untuk peningkatan professionalisme guru.

Prosedur :

1. Mengenalpasti tajuk kajian (eg mengkaji punca kelemahan pelajar tingkatan 1 dlm tajuk pecahan, mengkaji tahap kefahaman pelajar tingkatan 1 dlm tajuk pecahan, mengkaji keberkesanan BBM tertentu dlm P&P, mengkaji cara meningkatkan KBKK dlm P&P matematik) dsb.
2. Latarbelakang kajian,
3. Objektif kajian,
4. Metodologi kajian (kaedah mengutip data eg soal selidik, pemeriksaan kerja rumah, pemerhatian, temubual, sampel kajian dsb),
5. Analisis data,
6. Kesimpulan/dapatan kajian,
7. Cadangan tindakan susulan
8. Kajian lanjutan.

Pelajar dikehendaki membuat satu kajian tindakan dan membuat laporan (20%) serta membentangkannya dlm kelas (10%).









No comments:

Post a Comment