Tuesday, August 17, 2010

PERSPEKTIF MATEMATIK DAN KAITANNYA DGN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan sejarah, apabila ilmu matematik berkembang menjadi suatu bidang/body of knowledge maka matematik boleh ditanggap daripada  empat perspektif utama iaitu:

1. Matematik sebagai suatu bahasa - sbg "alat" berkomunikasi atau mewakilkan idea/konsep yg abstrak dgn  menggunakan istilah istilah dan simbol simbol tertentu yang khas/unik dan universal/sejagat
(diterima seluruh dunia).

2. Matematik sebagai suatu sains - satu kajian sistematik mengenai nombor (kuantiti), bentuk dan ruang dan perkaitan (perubahan), mencetuskan bidang atau konsep lain spr aritmetik, algebra, geometri, trigonometri, perkaitan, fungsi, kalkulus, vektor, statistik, kebarangkalian dsb

3. Matematik sebagai suatu cara berfikir - suatu cara penaakulan secara induktif (spesifik ke umum) dan deduktif (umum ke spesifik), pembentukan konsep dan makna, mempertajamkan fikiran, membentuk KBKK dsb

4. Matematik sebagai suatu "alat" penyelesaian masalah dlm kehidupan seharian dan konteks sebenar spr dlm bidang sains, kejuruteraan, teknologi, ekonomi dsb.

Berdasarkan contoh contoh yang sesuai buat satu analisis dan bincangkan bagaimana setiap perspektif matematik tsb telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik peringkat sekolah menengah ? - rujuk sebuah buku sekolah menengah (pilih salah satu buku teks matematik KBSM/KSSM tingkatan 1-5).


No comments:

Post a Comment