Tuesday, August 2, 2011

PENTINGNYA MEMAHAMI EPISTEMOLOGI DLM PENYELIDIKAN

Setelah sekian lama menyelia dan memeriksa projek sarjana muda, disertasi sarjana dan tesis PhD serta beberapa kali menjadi pemeriksa luar tesis PhD bidang pendidikan matematik di USM, saya mendapati antara kesukaran dan kelemahan utama pelajar pada semua peringkat adalah mereka kurang memahami kepentingan epistemologi ilmu (roots of knowledge) yg mendasari kajian atau penyelidikan masing masing (ie epistemology of research).

Oleh sebab itu universiti universiti khususnya di negara maju mewajibkan pelajar disemua peringkat mengambil kursus ilmu falsafah mengikut kesesuaian bidang pengajian masing masing yg boleh membantu pelajar memulakan penyelidikan dgn asas yg betul.

Untuk memulakan sebarang penyelidikan, rata ratanya pelajar lebih berfikir tentang data yg hendak dikutip dan biasanya mereka tidak menghadapi banyak masalah dalam proses mengumpul data dari pelbagai sumber yg diperlukan.

Tetapi kemudiannya disedari bahawa masalah sebenarnya ialah untuk menentukan apakah maklumat/konsep/ilmu yg diwakili oleh data berkenaan (ie the kind of knowledge it represents or what knowledge that the research presupposes ?).

Dengan pemahaman yg baik mengenai espitemologi ilmu tersebut, pelajar akan mempunyai asas yg kukuh untuk mengkonsepsikan masalah kajian dan membentuk pernyataan masalah (problem statement/research questions), membina kerangka teori kajian, menentukan objektif kajian dan seterusnya merangka metodologi kajian untuk mengutip data yg diperlukan serta menganalisis data berkenaan bagi menjawab persoalan persoalan kajian yg telah ditentukan.

Dengan demikian saya mencadangkan agar pelajar, sebelum memulakan projek penyelidikan hendaklah berusaha bersungguh sungguh memahami epistemologi ilmu bidang pengajian masing terlebih dahulu.








No comments:

Post a Comment