Thursday, August 4, 2011

HARVARD BUSINESS SCHOOL CASE METHOD (HBS) DLM PENDIDIKAN MATEMATIK

Salah satu pendekatan P&P yg bertambah popular khasnya di peringkat pengajian tinggi terutama di USA dan kini meluas juga ke Malaysia adalah penggunaan konsep atau pendekatan P&P menggunakan kaedah kes HBS yg merentas kurikulum dan tidak terhad seperti selama ini kpd bidang ekonomi, perniagaan dan undang undang shj.

Kaedah ini juga sesuai digunakan dlm bidang pendidikan matematik disemua peringkat pengajian kerana matematik melibatkan pelbagai bentuk penyelesaian masalah, ada yg berbentuk sama ada masalah sebenar (actual/real problems - actual case) yg berlaku dlm kehidupan seharian (mudah atau kompleks) iaitu dlm konteks sebenar spr dlm perniagaan, kejuruteraan dsb atau pun masalah yg direka dan berbentuk latihan yg bertujuan untuk membina kemahiran pelajar menyelesaikan masalah dlm tajuk tajuk tertentu (artificial /simulated problems - simulated case) spr dlm algebra, geometri, kalkulus dsb.

Disamping membolehkan pelajar menguasai isi kandungan secara bersepadu ( sebab sesuatu masalah biasanya melibatkan beberapa konsep matematik sekali gus) pelajar juga dapat belajar
kemahiran berfikir aras tinggi iaitu mereka perlu membuat analisis masalah ( dikenali sbg case analysis) yg melibatkan daya imaginasi dan spekulatif atau inkuiri pelajar.

Format HBS ini terdiri dari 4 bhg atau aktiviti utama (ie four-part HBS format) iaitu flashpoint, background, situation dan flashpoint reprise.

( the flashpoint section opens the case,catches your attention, foreshadows the problem. The background section provides the contextual information; situation section describes the problem and the flashpoint reprise returns you to the starting point of the case so that you can begin your work/solve problem).






Tuesday, August 2, 2011

PENTINGNYA MEMAHAMI EPISTEMOLOGI DLM PENYELIDIKAN

Setelah sekian lama menyelia dan memeriksa projek sarjana muda, disertasi sarjana dan tesis PhD serta beberapa kali menjadi pemeriksa luar tesis PhD bidang pendidikan matematik di USM, saya mendapati antara kesukaran dan kelemahan utama pelajar pada semua peringkat adalah mereka kurang memahami kepentingan epistemologi ilmu (roots of knowledge) yg mendasari kajian atau penyelidikan masing masing (ie epistemology of research).

Oleh sebab itu universiti universiti khususnya di negara maju mewajibkan pelajar disemua peringkat mengambil kursus ilmu falsafah mengikut kesesuaian bidang pengajian masing masing yg boleh membantu pelajar memulakan penyelidikan dgn asas yg betul.

Untuk memulakan sebarang penyelidikan, rata ratanya pelajar lebih berfikir tentang data yg hendak dikutip dan biasanya mereka tidak menghadapi banyak masalah dalam proses mengumpul data dari pelbagai sumber yg diperlukan.

Tetapi kemudiannya disedari bahawa masalah sebenarnya ialah untuk menentukan apakah maklumat/konsep/ilmu yg diwakili oleh data berkenaan (ie the kind of knowledge it represents or what knowledge that the research presupposes ?).

Dengan pemahaman yg baik mengenai espitemologi ilmu tersebut, pelajar akan mempunyai asas yg kukuh untuk mengkonsepsikan masalah kajian dan membentuk pernyataan masalah (problem statement/research questions), membina kerangka teori kajian, menentukan objektif kajian dan seterusnya merangka metodologi kajian untuk mengutip data yg diperlukan serta menganalisis data berkenaan bagi menjawab persoalan persoalan kajian yg telah ditentukan.

Dengan demikian saya mencadangkan agar pelajar, sebelum memulakan projek penyelidikan hendaklah berusaha bersungguh sungguh memahami epistemologi ilmu bidang pengajian masing terlebih dahulu.