Monday, July 25, 2011

KERTAS KERJA PERSIDANGAN

Pelajar Ph.D saya Ilfi Norman telah berjaya menulis kertas kerja dgn baik dan diterima untuk pembentangan diperingkat antarabangsa di International Seminar and the Fourth National Conference on Mathematics Education bertemakan Building the Nation Character through Humanistic Mathematics Education pada 21-23 Julai 2011 di Yogyakarta State University, Indonesia.

Kertas kerja hasil penyelidikan beliau dibawah seliaan saya bertajuk "Secondary School Students' Abilities Through Problem Posing Activities" telah membuka dimensi baru terhadap aspek pengutaraan masalah dalam pendidikan matematik bersesuaian dgn konsep baru iaitu problem posing: beyond problem solving yg telah ditekan dlm pendidikan matematik diseluruh dunia khasnya oleh negara negara maju. Ini bererti tidak cukup difokuskan kpd kemahiran menyelasaikan masalah shj tetapi hendaklah dilanjutkan lagi kepada kemahiran yg lebih kreatif iaitu problem posing yg akan melibatkan kemahiran inquiri, diskoveri dan metakognitif pelajar.

Aspek ini sepatutnya mendapat perhatian serious dlm sistem pendidikan kita di Malaysia.


No comments:

Post a Comment