Pada 14-16 julai 2011 saya berpeluang menghadiri bengkel diatas bertempat di Hotel Armada, Petaling Jaya bersama lebih kurang 50 pensyarah dari pelbagai IPTA sebagai persediaan untuk menjadi panel penilai program pengajian dalam bidang bidang yang ditentukan mengikut pengkhususan masing masing nanti.
Bengkel ini sangat penting untuk mendapat kata sepakat di kalangan penilai mengenai kaedah penilaian program terbaik seperti mana yang disyorkan oleh para penilai kanan dan diselaraskan oleh pihak penganjur iaitu Malaysian Qualifications Authority (MQA), MOHE, yg bertanggungjawab mengenai isu kualiti program dan akreditasi ijazah yang dikeluarkan oleh IPTA tempatan.
Sekembali dari bengkel ini saya menyedari bahawa tanggungjawab sebagai penilai ini sangatlah berat kerana sebarang keputusan yg dibuat oleh para panel akan memberi kesan langsung terhadap kelayakan pengakreditasiaan sesuatu program/ijazah yg menentukan pula urusan pengiktirafan ijazah oleh pihak berwajib khasnya JPA dan seterusnya menentukan peluang pekerjaan para graduan program pengajian berkenaan.
Walaubagaimana pun kita percaya semua Higher Education Providers (HEP), khasnya universiti, adalah suatu badan yg bertanggangjawab dan sedar tentang keperluan menyediakan program pengajian yg berkualiti tinggi berdasarkan kriteria yg telah ditetapkan dan mereka sedia menyedari implikasi kualiti program berkenaan terhadap peluang pekerjaan siswazah yg mereka lahirkan.
No comments:
Post a Comment