Saturday, January 22, 2011

KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF

Contoh pemikiran kritis :

1. mencirikan- menyatakan ciri/sifat sesuatu konsep (eg segitiga, fungsi,luas dsb)

2. membanding dan membezakan- menentukan persamaan dan perbezaan (eg hubungan dan fungsi, pembolehubah bebas dan bersandar, membezakan fakta dgn pendapat)

3. mengumpul dan mengelaskan- mengumpul, menyusun, membuat urutan, mengkategori mengikut ciri /kriteria tertentu (eg no genap, perdana, jujukan aritmetik dan geometri)

4. menganalisis- mencerakinkan maklumat (eg menganalisis maklumat dlm masalah berayat)

5. mentaksir dan menilai- mentaksir maklumat, menilai ketepatan, kemusabahan sesuatu maklumat (data, hujah,andaian, definisi, pendapat,cadangan, pernyataan,sumber)

Contoh pemikiran kreatif:

1. menjana idea baru- mengemukan, mencetus idea, mencadang alternatif( eg kaedah baru penyelasaian masalah)

2. membuat inferens-membuat kesimpulan awal drp data, maklumat, pemerhatian dan ujikaji yg perlu dibuktikan kebenarannya.

3. menghubungkait- mencari perkaitan diantara pembolehubah, menentukan hubungan suatu konsep dgn konsep lain.

4. mensintesis- menggabungkan, menyepadukan idea idea, merekabentuk, menggubal model

5. membuat gambaran mental- menvisualisasi/menggambarkan/membayangkan dlm minda/mengkonsepsualisasi sesuatu idea/situasi/memperluaskan daya imaginasi (eg konsep had, infiniti, kadar)

6. merekacipta - menghasilkan idea asli, membuat inovasi/penambahbaikan/pengubahsuaian kaedah tanpa terikat kpd kaedah yg lazim.







No comments:

Post a Comment