Thursday, September 30, 2010

Ringkasan kuliah sesi 4

1. Perbincangan mengenai perubahan pentaksiran berasaskan norma (NRT) kpd pentaksiran berasaskan kriteria (CRT) dan implikasinya terhadap pendidikan matematik.
NRT- bertujuan membandingkan pencapaian atau keupayaan seorang pelajar dgn pelajar lain atau antara pelajar. Paling asas menggunakan peratus skor yg diperolehi seseorang pelajar dibandingkan skor skor min kelas berkenaan.

CRT- bertujuan membandingkan pencapaian seseorang pelajar dgn suatu kriteria yg telah ditetapkan semasa ujian itu dibina. Bincangkan dgn contoh ujian memandu.

2. Perbincangan mengenai kajian tindakan, konsep dan prosedurnya serta penggunaannya dlm pendidikan matematik.

Falsafah, konsep dan tujuan :

Menggunakan kajian empirikal berdasarkan fakta, data sebenar dan hujah saintifik untuk memahami sesuatu keadaan/fenomena dalam usaha menyelesaikan masalah atau mengatasi sesuatu kelemahan yg wujud.

Untuk meningkatkan mutu professionalisme guru khususnya dlm tugas utamanya ie aspek amalan P&P dibilik darjah (kaedah, BBM, aktiviti P&P dsb) dgn cara mengubahsuai amalan sedia ada atau mengubah kpd amalan baru.

Melibatkan skop yg kecil atau isu/masalah tertentu diperingkat bilik darjah atau sekolah, boleh dijalankan dgn mudah, cepat , tidak membebankan dan tidak melibatkan kos yg besar.

Mementingkan proses membuat refleksi dan penilaian kendiri untuk peningkatan professionalisme guru.

Prosedur :

1. Mengenalpasti tajuk kajian (eg mengkaji punca kelemahan pelajar tingkatan 1 dlm tajuk pecahan, mengkaji tahap kefahaman pelajar tingkatan 1 dlm tajuk pecahan, mengkaji keberkesanan BBM tertentu dlm P&P, mengkaji cara meningkatkan KBKK dlm P&P matematik) dsb.
2. Latarbelakang kajian,
3. Objektif kajian,
4. Metodologi kajian (kaedah mengutip data eg soal selidik, pemeriksaan kerja rumah, pemerhatian, temubual, sampel kajian dsb),
5. Analisis data,
6. Kesimpulan/dapatan kajian,
7. Cadangan tindakan susulan
8. Kajian lanjutan.

Pelajar dikehendaki membuat satu kajian tindakan dan membuat laporan (20%) serta membentangkannya dlm kelas (10%).









Saturday, September 11, 2010

Ringkasan kuliah sessi 3

Perbincangan mengenai beberapa fokus utama pendidikan matematik KBSM:

1. Konsep bersepadu (vs terpisah) dlm kurikulum khususnya mengenai organisasi isi kandungan (ie nombor, bentuk dan perkaitan) dan implikasinya terhadap amalan P&P.

2. Penerapan nilai nilai murni dlm pendidikan matematik : ie dlm ilmu matematik (spr ketepatan, rasional, sistematik, berstruktur dll) dan nilai dlm P&P ( spr teamwork/kooperatif, amanah, sabar, tidak putus asa, berdikari,berani mencuba, kepekaan dan rasa ingin tahu yg tinggi dll)

3. penekanan kpd kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dlm pendidikan matematik.
Pemikiran kritis bermaksud kebolehan menilai ketepatan sesuatu idea/konsep/definisi dan menilai kebaikan /kelemahan sesuatu kaedah penyelesaian masalah.

Pemikiran kreatif ialah kebolehan menjana/mengemukan/membina /membentuk/mengutarakan(posing) sesuatu idea /masalah/kaedah baru yg asli dan pelbagai.

Penggunaan ICT (internet dan pelbagai perisian), dlm pendidikan matematik.