Pengenalan
Mantik (logik) dan peranannya :
- akar kata/berasal drp bahasa arab "mantiq" bererti percakapan/pertuturan dan fikiran yg benar
(ilmu kaedah/cara/teknik/strategi berfikir secara bersistem dan teratur untuk mencari kebenaran
dan mengelak drp kesilapan dan kesalahan berfikir)
- salah satu cabang bidang falsafah selain epistemologi, metafizik dan aksiologi (etika dan
estetika).
- dianggap ilmu sepunya/sejagat/ilmu alat bagi seluruh disiplin ilmu, samada falsafah atau bukan
falsafah
- melatih kekuatan hujah/kecekapan akal/ketajaman minda/ rasional dlm kehidupan seharian, dlm
perbincangan, dialog, debat, penghujahan (yg sahih, benar dan tepat), pembuktian/evidens,
kemunasabahan, premis/dasar
proposisi/pernyataan dsb.
- mendasari ilmu sains dan matematik, proses berfikir secara induktif (kes khusus kpd umum) dan
deduktif (kes umum kpd khusus)
- mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran aras tinggi (HOTs) serta
kebolehan penyelesaian masalah dlm pelbagai konteks dan bidang.