Friday, August 24, 2012

KAEDAH UMUM PENYELESAIAN MASALAH

Dalam kehidupan seharian, kita sering menghadapi pelbagai jenis masalah (persoalan) samada berbentuk peribadi, keluarga, masyarakat, ekonomi, politik dsb (kecil atau besar) yg memerlukan kemahiran kita menyelesaikan masalah masalah berkenaan dgn betul dan berkesan. Oleh yg demikian kemahiran menyelesaikan masalah merupakan satu perkara asas yg dapat membantu kita berfungsi dgn lebih berkesan dlm kehidupan ini.

Sesaorang itu dikatakan menghadapi masalah bilamana ia tidak mempunyai penyelesaian serta-merta/segara terhadap sesuatu soalan yg dikemukakan . Terdapat dua syarat utama yg menentukan kewujudan sesuatu masalah kpd sesaorang individu iaitu :

1. mesti terdapat tujuan/matlamat/objektif/perkara yg jelas untuk dicari/dicapai/diselesaikan.
2. mesti terdapat halangan(obstacles) terhadap jalan penyelesaian itu.

Namun demikian kita perlu maklum bahawa bergantung kpd pengalaman dan pengetahuan sedia ada
masing masing sesuatu masalah yg menjadi "masalah" kepada sesaorang individu tidak semestinya menjadi masalah kpd indidividu yg lain. Sebagai contoh selesaikan masalah berikut :

Ahmad mempunyai RM 60. Dia menggunakan 1/4 drp wangnya untuk membeli 2 kg udang.
Berapakah harga sekilogram udang itu?

Secara umumnya terdapat 4 langkah utama ( dlm pendidikan matematik ini dikenali sbg kaedah Polya) bagi menyelesaikan sesuatu masalah :

1. memahami masalah ( tentukan data/maklumat yg ada/diberi - lebih umum lagi apakah punca punca kpd
    masalah berkenaan?) - pemikiran kritis
2. merancang strategi penyelesaian (tentukan kaedah,langkah,formula, teknik, lukis gambarajah, bina jadual,
    bina graf, laksanakan ujikaji, cadangan penyelesaian dsb) - pemikiran kreatif
3. melaksanakan strategi penyelesaian   - pemikiran kreatif
4. menyemak semula jawapan (adakah jawapan yg diperolehi tepat, munasabah dan logik?
     kaedah alternatif ?) - pemikiran kritis 

Walaupun kaedah diatas sering digunakan untuk menyelesaikan pelbagai jenis dan bentuk masalah matematik
tetapi  ianya boleh digunakan sbg kaedah dan proses umum bagi menyelesaikan sebarang masalah dlm konteks yg luas dlm kehidupan seharian.