Sunday, August 22, 2010

IMPLIKASI TEORI TEORI PSIKOLOGI TERHADAP PENDIDIKAN MATEMATIK


Terdapat tiga kelompok teori pembelajaran yang banyak mempengaruhi amalan pengajaran dan pembelajaran matematik. Setiap kelompok teori akan menerbitkan model ( strategi, pendekatan, kaedah dan teknik) pengajaran dan pembelajaran yang berbeza.

Teori behavioris: (pelopor utama - Skinner, Pavlov, Thorndike, Watson dll )

 3 prinsip asas teori ini ie rangsangan (stimulus)-gerak balas (responses)- peneguhan (reinforcement)

Implikasi utama:

1. pembelajaran sbg perubahan tingkahlaku yg kekal yg boleh diperhati, diukur, dikawal dan diramal - menjadikan bidang psikologi sbg satu kajian saintifik.

2. fokus kpd pembinaan kemahiran matematik eg melakar graf, menyelesai persamaan
kuadratik dsb - mastery learning dan algoritma (prosedur pengiraan) ie proses penguasaan kemahiran memerlukan suatu mekanisme yg bersistem.

3. menekankan kekerapan latihan yg membentuk pelaziman secara latih tubi/ulangan intensif -practice makes perfect, rote learning/hafalan.

4. menganggap kesilapan/kesalahan matematik sbg suatu yg perlu dihapus/diminimumkan
-perspektif negatif thd kesilapan matematik.

5. mementingkan peranan persekitaran dan motivasi luaran (ekstrinsik - pujian dan dendaan) dalam membentuk atau mengubah/membetul tingkah laku (behaviour modification).



Teori kognitif (pelopor utama - Piaget, Bruner, Ausubel, dll)

Implikasi utama :

1. pembelajaran sbg perubahan struktur kognitif (perubahan minda)

2. fokus kpd pemahaman konsep matematik berbanding penguasaan kemahiran (concept vs skill)

3. menekankan kemahiran berfikir secara matematik (pemikiran matematik)dlm pendidikan matematik


4. menganggap kesilapan/kesalahan matematik sbg petanda kesukaran/miskonsepsi pelajar
- perspektif positif thd kesilapan dan miskonsepsi (petanda kesukaran belajar)

5. fokus kpd kemahiran penyelesaian masalah matematik - kemahiran heuristik (general guidelines eg heuristik Polya)


6. menekankan kemahiran reflektif dan metakognitif (berfikir tentang pemikiran) spr merancang, melaksana, memantau dan menilai sendiri proses penyelesaian masalah matematik.


7. menekankan pendekatan konstruktivis dlm pendidikan matematik (pembelajaran sbg proses berfikir untuk membina makna sesuatu konsep/constructing or searching for meaning of the concept)

8. menekankan kpd konsep spr kepekaan nombor dan kepekaan fungsi ( number sense and function sense dsb) - intellectual/mathematical intuition


Teori Humanistik (pelopor utama- Abraham Maslow, Carl Rogers dll)

Implikasi utama :

1. Mementingkan aspek kemanusiaan - spr perkembangan diri (self development/growth),
potensi diri (human potentials- every child is unique), mencungkil dan mengasah bakat, kebolehan, sikap, harga diri (self esteem), konsep kendiri (self concept-open minded, optimis dll), merangsang motivasi dalaman, memuaskan rasa ingin tahu (curiousity), keyakinan diri, kesempurnaan diri/self actualization dsb. (eg polisi NCLB, Every Child Matters dsb) - perkasakan pendidikan khas (atasi pelbagai jenis masalah pembelajaran)

2. Pendidikan yg berfokus kpd pembentukan "all - rounded/holistic person" spr daya kepimpinan, kemahiran komunikasi, kemahiran belajar (learn how to learn), kemahiran berfikir, kemahiran insaniah/generik dsb.

3. Pendidikan berpusatkan murid- guru sbg fasilitator/pemudahcara/pembimbing pembelajaran menjadikan pelajar lebih "independent" (berdikari)/kurang bergantung kpd guru- independent learners/self-regulated, /self motivated, life long learning dsb - makin relevan dlm era ledakan maklumat dan ilmu di zaman ICT ini (eg Sekolah Bestari- konsep pembelajaran kendiri secara self- paced/kadar kendiri, self- directed/terarah kendiri an self- accessed/pencarian kendiri).


Berdasarkan contoh contoh yg sesuai (pilih tiga contoh bagi setiap teori), bincangkan bagaimana ketiga tiga teori berkenaan digunakan dalam konteks pendidikan matematik peringkat sekolah (rendah dan menengah) di Malaysia.

Tuesday, August 17, 2010

PERSPEKTIF MATEMATIK DAN KAITANNYA DGN REKABENTUK KURIKULUM

Berdasarkan sejarah, apabila ilmu matematik berkembang menjadi suatu bidang/body of knowledge maka matematik boleh ditanggap daripada  empat perspektif utama iaitu:

1. Matematik sebagai suatu bahasa - sbg "alat" berkomunikasi atau mewakilkan idea/konsep yg abstrak dgn  menggunakan istilah istilah dan simbol simbol tertentu yang khas/unik dan universal/sejagat
(diterima seluruh dunia).

2. Matematik sebagai suatu sains - satu kajian sistematik mengenai nombor (kuantiti), bentuk dan ruang dan perkaitan (perubahan), mencetuskan bidang atau konsep lain spr aritmetik, algebra, geometri, trigonometri, perkaitan, fungsi, kalkulus, vektor, statistik, kebarangkalian dsb

3. Matematik sebagai suatu cara berfikir - suatu cara penaakulan secara induktif (spesifik ke umum) dan deduktif (umum ke spesifik), pembentukan konsep dan makna, mempertajamkan fikiran, membentuk KBKK dsb

4. Matematik sebagai suatu "alat" penyelesaian masalah dlm kehidupan seharian dan konteks sebenar spr dlm bidang sains, kejuruteraan, teknologi, ekonomi dsb.

Berdasarkan contoh contoh yang sesuai buat satu analisis dan bincangkan bagaimana setiap perspektif matematik tsb telah digunakan dalam merekabentuk kurikulum matematik peringkat sekolah menengah ? - rujuk sebuah buku sekolah menengah (pilih salah satu buku teks matematik KBSM/KSSM tingkatan 1-5).


Friday, August 6, 2010

SINOPSIS PENDIDIKAN MATHS

Kursus ini terbahagi kpd dua bahagian:

Bahagian 1 membincangkan isu-isu semasa yg penting dan trend terkini dlm pendidikan matematik dalam negara dan luar negara khususnya dalam aspek kurikulum, P&P dan pentaksiran matematik menengah.

Bahagian 2 membincangkan aspek penyelidikan dalam pendidikan matematik.Pelajar dikehendaki melakukan kajian tindakan, menyediakan laporan dan membentangkan hasil kajian mengenai suatu isu tertentu dalam pendidikan matematik diperingkat sekolah menengah.

Penilaian :

1. Ujian 1 - 15%
2. Ulasan satu artikel jurnal antarabangsa - 15%
3. Laporan kajian dan pembentangan - 30%
4. Peperiksaan Akhir - 40%